Kamis, 06 Februari 2014
Sabtu, 01 Februari 2014
F - 35 Lightning
Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah sebuah pesawat satu
tempat duduk, berenjin tunggal, pelbagai peranan yang mempunyai
ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengeboman taktikal, dan penguasaan udara.
F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; pertama versi berlepas dan
mendarat secara konvensional, kedua versi berlepas jarak dekat dan
mendarat secara menegak, dan ketiga versi untuk operasi di atas kapal
pengangkut pesawat.
F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan.[4] ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems.[4] Pesawat demonstrasi terbang pada 2000,[5][pautan putus] dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.[6]
Program JSF diadakan untuk mengantikan pelbagai jenis pesawat dengan
masa yang sama penurunan kos pembangunan, pengeluaran operasi dapat
dijayakan. Ini boleh diatasi dengan membina tiga versi pada pesawat yang
sama, dan berkongsi kira-kira 80% persamaan daripada komponen
bahagiannya:
F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. Pembangunannya dibiayai oleh Amerika Syarikat, dengan United Kingdom dan negara-negara lain menyediakan pembiayaan tambahan.[4] ia telah direka dan dibina oleh pihak industri aeroangkasa yang diketuai oleh firma-firma utama seperti Lockheed Martin, Northrop Grumman dan BAE Systems.[4] Pesawat demonstrasi terbang pada 2000,[5][pautan putus] dengan penerbangan sulung dilakukan pada 15 Disember 2006.[6]
Pembangunan
Keperluan
Model ujian F-35 diletakan dalam terowong angin sepanjang 16 kaki di Pusat Pembangunan Kejuruteraan Arnold.
- F-35A, versi berlepas dan mendarat konvensional (CTOL).
- F-35B, versi berlepas dilandasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL).
- F-35C, versi yang akan beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.
Spesifikasi (F-35 Lightning II)
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 50 kaki 6 in (15.37 m)
- Rentang sayap: 35 kaki 0 in (10.65 m)
- Tinggi: 17 kaki 4 in (5.28 m)
- Sayap luas: 459.6 kaki² (42.7 m²)
- Berat kosong: A; 29,036 lb B; 32,161 lb C; 32,070 lb (13,170 kg A; 14,588 kg B; 14547 kg C;)
- Berat berisi: 44,400 lb (20,100 kg)
- Berat berlepas maksimum: 60,000 lb (27,200 kg)
- Loji kuasa: 1× Pratt & Whitney F135 turbofan lepas pembakaran
- Tujahan kering: 25,000 lbf[10] (111 kN)
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 40,000+ lbf[10] (178+ kN)
- Janakuasa kedua: 1× General Electric/Rolls-Royce F136 turbofan lepas pembakaran, >40,000 lbf (178 kN) (dalam pembangunan)
- Kipas angkatan (STOVL): 1× Rolls-Royce Sistem Pengangkat dibekalkan oleh sama ada janakuasa F135 atau F136, 18,000 lbf (80 kN)
- Bahan api dalaman: F-35A: 18,480 lb (8,382 kg); F-35B: 14,003 lb (6,352 kg); F-35C: 20,085 lb (9,110 kg)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 1.6+[10] (1,200 bsj, 1,931 km/j)
- Jarak: A: 1,200 batu nautikai; B: 900 batu nautika; C: 1400 batu nautika[10] (A: 2,200 km; B: 1,667 km; C: 2,593 km) menggunakan bahan api dalaman
- Jejari bertempur: 600 batu nautika (690 batu, 1,110 km)
- Kadar kenaikan: Rahsia (Tidak didedahkan kepada pihak awam)
- Beban sayap: 91.4 lb/kaki² (446 kg/m²)
- Tujahan/berat:
- F-35A/B/C: 9 g
Persenjataan
- Meriam: 1× 25mm meriam GAU-22/A — dirancang dipasang secara terbina dalam dengan 180 butir peluru bagi versi F-35A dan dipasang pada pod luar dengan 220 butir peluru bagi versi F-35B dan F-35C.[10]
- Titik beban: 6 dengan 15,000 lb (6,800 kg)[10] muatan,
- Peluru berpandu: Dalam: 4 peluru berpandu udara-ke-udara atau 2 peluru berpandu udara-ke-udara dan 2 peluru berpandu udara-ke-permukaan; Luar: 6 peluru berpandu udara-ke-udara atau 4 peluru berpandu udara-ke-permukaan dan 2 peluru berpandu udara-ke-udara.[12]
Langganan:
Postingan (Atom)